Siti Nurhaliza Biography


Siti Nurhaliza Biography
Nama Penuh : Siti Nurhaliza Bt Tarudin
Nama Kormesil:Siti
Pendidikan:Spm
Nama Ayah : Tarudin bin Ismail
Tarik Lahir : 11 January 1979
Tempat Lahir : Kg Awah, Temerloh Pahang
Adik-beradik : 7 orang
Anak ke : 4
Berat : 55 kg
Tinggi : 163 cm
Zodiak : Capricorn
Alamat di Pahang : Lot 250 Taman Pertama, 27200 Kuala Lipis, Pahang
Penyanyi pujaan : Celine Dion, Mariah Carey, Aishah & Ziana Zain
Favourite food : Gulai tempoyak
Favourite drink : Air panas
Favourite attire : Ranggi and simple (suka warna hijau)
Education : Sek. Men. Clifford
Cita-cita : Berjaya dalam bidang nyanyi dan apa jua bidang yang diceburi
Alamat Surat Menyurat : Suria Records Sdn Bhd, 40, Jalan Kaskas 2, 56100, Taman Cheras, Kuala Lumpur.
Pengalaman Manis : Menjuarai Bintang HMI 95
Pengelaman Pahit : Terpaksa berpisah dengan cikgu-cikgu dan kawan-kawan sekolah SPM.
Hobi : Menyanyi, menari, memasak dan suka usik mak dan adik-adik bila boring.
Filem Yang Diminati:Sedih @ seram
Paling Dibenci : Orang yang suka berbohong, hipokrit dan suka mengambil kesempatan.
No. Telefon : 09-2523805 (rumah di Temerloh)
Tempat yang selalu dilawati:Singapura
Syarikat rakaman : Suria Record Company (SRC)


Siti Nurhaliza dilahirkan di Berek Polis Kg. Awah, Temerloh, Pahang pada tanggal 11 Januari 1979. Ketika itu bapanya, Tarudin bin Ismail bertugas sebagai anggota polis di balai polis berkenaan sementara ibunya, Siti Salmah Bachik seorang suri rumah.

Siti merupakan anak kelima daripada lapan beradik manakala seorang abangnya meninggal dunia sewaktu kecil lagi. Adik-beradik Siti Nurhaliza yang lain ialah Saiful Lizan, Saiful Bahri, Siti Nursaida, Mohd Ali, Siti Nursaerah dan Mohd Hafiz.

Siti mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis dan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah Sehingga tingkatan lima di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis.

Kegiatan seni Siti bermula ketika di bangku sekolah tabika lagi iaitu beliau bersama rakan-rakannya membuat persembahan sewaktu majlis penyampaian sijil bagi tabika berkenaan. Kemudian beliau aktif dalam acara kebudayaan di sekolah rendah dan menengah selain aktif dalam acara sukan. Beliau juga sering mengikuti Family Group iaitu band yang dimiliki oleh kaum keluarganya dalam persembahan iaitu majlis kahwin.

Siti mula menyertai pertandingan nyanyian di kampungnya sewaktu berusia 12 tahun dan menjadi Juara bagi pertandingan nyanyian hari kebangsaan. Beliau menyanyi lagu Bahtera Merdeka dan dari situlah beliau berani tampil di khalayak terutamanya dalam acara kebudayaan atau karnival di Kuala Lipis.

Barangkali sudah menjadi tuah Siti Nurhaliza pada tahun 1995, percubaan dalam pertandingan Bintang Hiburan Minggu ini anjuran RTM telah membuka peluangnya bergelar artis rakaman. Walaupun sebenarnya cita-citanya ingin menjadi seorang pegawai polis namun rezeki yang datang bergolek tidak dapat ditolak.

Setelah bergelar Juara Bintang HMI, syarikat rakaman Suria Record telah menyunting Siti menjadi artis rakaman mereka. Ketika itu, usia Siti baru 16 tahun dan beliau masih menuntut di tingkatan 4. Berkat sokongan padu keluarga dan guru-guru serta teman sekolah, Siti dapat menjalani kehidupan sebagai artis dan pelajar tanpa menghadapi masalah.

Sepanjang 10 tahun bergiat aktif dalam seni, Siti telah muncul dengan 11 buah album solo, 5 album konsert 'live' dan beberapa album duet serta album kompilasi. Dalam tempoh 9 tahun mengorak langkah sebagai artis, usaha gigihnya telah membolehkan Siti mencatat namanya di dalam Malaysia Book Of Records sebagai artis paling banyak memenangi anugerah di Malaysia (Most Awards Won Artiste).

Sehingga kini, Siti telah memperolehi lebih 140 anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar negara (130 anugerah & 14 penghargaan). Antaranya Anugerah Industri Muzik (22 anugerah), Juara Lagu (17 anugerah) dan Anugerah Planet Muzik (11 anugerah), selain Anugerah Muzik Indonesia, Festival Muzik Shanghai serta anugerah menerusi pilihan pembaca Media Hiburan, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (13 anugerah) Anugerah URS, Anugerah ERA (11 anugerah), Anugerah PAPITA, MTV Asia Awards dan banyak lagi. Siti juga telah berjaya mengharumkan nama negara dalam pertandingan nyanyian Voice of Asia 2002 dengan merangkul Juara Grand Prix.

Siti turut dianugerahkan darjah kebesaran Johan Setia Mahkota (JSM) daripada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Paduka Mahkota Perak (PMP) daripada Sultan Perak, serta Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), Setia Ahmad Shah (SAP) dan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP - yang membawa gelaran Datuk), daripada Sultan Pahang.

Namun begitu, 'anugerah' paling berharga bagi dirinya secara peribadi, tentunya, apabila dipertemukan jodoh dengan pilihan hati, Datuk Khalid Mohd. Jiwa dan dimeterai dengan ikatan perkahwinan pada 21 Ogos 2006.

Sebagai salah seorang selebriti paling berpengaruh, Siti telah dilantik sebagai jurucakap dan duta bagi pelbagai produk dan program. Antaranya PANTENE, OLAY Total Effect, Hotlink, Samsung Digital, Minolta, Jusco "With All Our Hearts’ Charity Fund", TM Net, BLEU/PEPSI dan Maybelline New York.

Bagi menghargai sokongan peminat, Siti telah mengadakan beberapa konsert solo terbesar, iaitu Konsert Live Siti Nurhaliza di Bukit Jalil (1999), Siti Nurhaliza Live in Concert di Singapura (2000), Konsert Mega Siti Nurhaliza di Bukit Jalil (2001) dan Siti Nurhaliza Live 2005 di Singapura (2005). Siti juga pernah diundang menyertai beberapa siri konsert diva bergandingan dengan artis popular serantau, iaitu Konsert Diva Singapura 2000 dan Konsert Divasea Indonesia 2001. Pada 2002, Siti turut diberi pengiktirafan mengadakan konsert tribute untuk Allahyarham Sudirman Haji Arshad, iaitu Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir di Istana Budaya, selama 4 hari berturut-turut.

Sebagai penghargaan kepada mereka yang menyokongnya sepanjang hampir 10 tahun pembabitannya dalam dunia seni, Siti telah menghadiahkan rangkaian konsert percuma, Siti Nurhaliza Fantasia Tour 2004, di 15 lokasi seluruh negara termasuk finale terbesar di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Ogos 2004.

Sebelum menutup tirai 2004, Siti tidak lupa menzahirkan tanda terima kasih kepada peminat-peminatnya di Indonesia dengan kehangatan Siti Nurhaliza Indonesia Tour di Jogjakarta, Surabaya, Jakarta dan Makassar. Tidak ketinggalan juga, di Medan baru-baru ini.

1 April 2005, Siti mencatat satu lagi sejarah gemilang negara apabila muncul sebagai artis Malaysia pertama yang menjayakan konsert solo di Royal Albert Hall, London. Siti Nurhaliza In Concert menjadi lebih istimewa apabila berlangsung bertepatan dengan tarikh awal penglibatannya dalam bidang seni, sedekad yang lalu.

0 comments:

Post a Comment